Rakyat Hakim Negara


Blog For Free!


Archives
Home
2004 March
2004 February
2004 January
2003 December

My Links
Ikanjenahak's Blog
Mar's Blog
Usefulidiot's Blog
William's Blog
Wmmarhaen's Blog
Tokjanggut's Blog
wanitakeadilan
marhaen
tranungkite
forum marhaen
marhaen e107
mggpillai
partikeadilanrakyat
anti-pharaoh.blog-city
marhaent.tblog
temperas
andybudd
juancole
Jurnal Pemikiran Islam
Issandr El Amrani
riverbendblog
aljazeera
BBC News
cairotimes
Middle East Times
Al Hayat
Haaretz
Middle East Newsline
electronicintifada
L'Intelligent
mafhoum
pundit
chomsky
cairolive
Talking Points Memo
slate
tomdispatch
alloparis
Delphi French Resc.
allaah.info
universiti_bangsar
nizamzakaria
pmiupm
Jawi
unmedia
omarmasry
sister-scorpion
jana.org
css-technik
osmodia.de
css4you.de
css resources
peterned
htmldog
lexpressiondz
liberte-algerie
elheddaf
akhbar tunis
lebanonpress
css-style.de
nuke-creative.de
zlog
french.about.com
Russian Grammar
sidesh0w.com/
polyglot
unilang
techcentralstation

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




Unique Hit Only Counter Activated 15 Jan 2004
Free Counters
marhaen
marhaen.com
03.02.04 (4:06 am)   [edit]
Catatanku disini akan direhatkan buat seketika. Seterusnya catatan akan di teruskan di marhaen.com. Rakan rakan yang ingin turut bersama sila ambil perhatian.....
 
eric chia: mengaku tak bersalah atau tidak mengaku bersalah
02.10.04 (5:41 pm)   [edit]
Dari Utusan Malaysia, [i]Eric Chia [url=http://www.utusan.com.my/][u]mengaku[/u][/url] tak bersalah pecah amanah RM76.4j[/i]- kita lihat sejauh mana akhbar tersebut prihatin dengan penggunaan bahasa Melayunya. Sebenarnya Eric Chia sepatutnya dilaporkan sebagai [b] TIDAK MENGAKU BERSALAH[/b]. yakni tiada pengakuan dibuat. Sebaliknya yang berlaku adalah "penafian" - yakni beliau menafikan kesalahan itu.

Ini masalah psikolinguistik dimana pengguna bahasa secara batiniah dipengaruhi laras bahasa Inggeris yang diangkut secara borong dari rangkaikata "pleaded not guilty ".

Sementara [url=http://www.bharian.com.my/m/B...][u]Berita Harian[/u][/url] pun sama juga:

[b]Chia, 71, yang kelihatan tenang dihadapkan di depan Hakim Akhtar Tahir, bagaimanapun mengaku tidak bersalah, selepas selesai jurubahasa membaca tuduhan ke atasnya[/b]

Itu dari segi bahasa. Dari segi keadilan dan proses proses seterusnya beberapa andaian boleh kita buat dan jadikan satu pemantauan. Antaranya ialah:
Orang kaya lawan Mahkamah bagaimana?
orang yang ada kaitan dengan VIP parti pemerintah
Hakim hakim yang boleh dibeli LAWAN orang kaya bagaimana?


dan seterusnya......elok juga kes ini dimasukkan juga kedalam agenda BA insyaAllah!
 
bahasa jerman
02.06.04 (8:54 pm)   [edit]
Bahasa Jernan :mengguna an dua puluh enam huruf abjad yang serupa dengan bahasa Malaysia tetapi bahasa Jerman juge boleh di dapati cetakannya dalam huruf Gotik(Gothic) huruf hitarn-gelap) selain dari cetakan huruf rumi. kebanyakkan buku-buku, majalah, akhbar dan bahan bacaan lain kini dicetak dengan huruf rumi biasa. Cuma terdapat beberapa pengecualian yang akan saya huraikan nanti.


Buku, majalah-mpjalah popular dan akhbar daerah sahaja yang menggunakan huruf Gotik. 'Tidak ada sebarang peraturan khusus yang ditetapkan didalam memilih mana-mana bentuk abjad yang hendak digunakan. Namun demikian huruf rumi kini semakin nendapat sambutan. huruf Gotik tidaklah sukar untuk dipelajari.

Penutur-penutur bahasa Jerman yang berpelajaran biasanya boleh membaca dan menulis dalam kedua-dua jenis abjad. [b]Bersambung[/b]
 
Dulu di tendang, kini di undang
02.06.04 (4:50 am)   [edit]
Orang yang pernah ditendang keluar dari jawatan tertinggi kehakiman Malaysia, dan dikerahkan segala media massa untuk mewarnagelapkan pribadi serta kerjayanya sebelum menerima hukuman yang diputuskan oleh sebuah Tribunal sebagai tidak layak - akhirnya dengan Rahmat Illahi - muncul semula dalam arena arus perdana sebagai anggota Pesuruhjaya Khas PDRM. Tuduhan salahlaku yang dikenakan terhadap Tun Salleh Abas dijadikan sesuatu yang "benar" dengan mengadakan satu Tribunal (seolah olah apa saja keputusan dari Tribunal itu adalah adil) walhal persoalan pokoknya ialah kehadiran Tun Salleh Abas dalam Kehakiman merupakan satu ancaman besar terhadap kelangsungan politik Mahathir yang telah banyak merosakkan pelbagai institusi kerajaan termasuklah institusi PDRM.

Dua tafsiran boleh dibuat dengan lantikan Saleh Abas ini. Pertama, segala pertuduhan salahlaku trehadap beliau yang dicetuskan oleh Mahathir adalah tidak benar. Keputusan Tribunal yang anggotanya diberi endorsement di Raja juga tidak sah dan tidak ada sebarang nilai kehakiman. Dan sesungguhnyanya "Krisis Kehakiman" yang kemuncaknya melihat tertendangnya Saleh Abas dari jawatannya adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian semula dan mewajarkan juga siasatan yan bertaraf Suruhanjaya. Lantikan beliau yang terbaru ini menyatakan secara tidak langsung bahawa beliau TIDAK BERSALAH dan segala tuduhan terhadapnya adalah rekaan semata mata.

Orang yang punyai rekod salahlaku sebagai hakim sepatutnya tidak lagi diberi sebarang tanggungjawab atau peranan yang boleh mencorakkan halatuju dasar kerajaan. Adakah kerana beliau kini mengangotai parti politik PAS maka kesemua "kesilapannya" selaku Ketua Hakim dulu terhapus sudah atau pun kerana sudah tiada lagi orang yang layak di negara ini sehingga Hanif Omar (tidak jumpa ayat larang judi dalam al Quran) dipilih juga sebagai Timbalan Pengerusi suruhanjaya tersebut?


 
If UMNO 11 appeal had been heard...
02.03.04 (6:14 pm)   [edit]
by Dato Sri George Seah


from Aliran Monthly 2003:11


A few people have asked me what would have happened if Tun Salleh Abas, the Lord President had been allowed to convene the sitting of the Supreme Court in 1988 to hear the UMNO 11 appeal consisting of nine judges made up of the followings:

1. Tun Salleh Abas, Lord President
2. Tan Sri Abdul Hamid, Chief Justice of the High Court in Malaya
3. Tan Sri Lee Hun Hoe, Chief Justice of the High Court in Borneo
4. Tan Sri Wan Suleiman
5. Datuk George Seah
6. Tan Sri Mohamed Azmi
7. Tan Sri Hashim Sani Yeop
8. Tan Sri Abdoolkader
9. Tan Sri Wan Hamzah

(P.S. I will explain at the appropriate time why although ranked No. 5 in the hierarchy in the Supreme Court, I was still a Datuk, awarded to me by the State Governor of Sarawak).

In my view, the hearing of the appeal would have been all over in less than an hour as there was a binding precedent in the Supreme Court case of Dato Ong Kee Hui vs Sinyium (1983) 1MLJ 36. The Court was presided by Tan Sri Lee Hun Hoe, CJ, and the other two members were Tan Sri Salleh Abas and Datuk George Seah.

After declaring UMNO to be an unlawful society, Harun J (the trial judge) should have also declared the election of the UMNO President to be null and void. This was the main thrust of the UMNO 11 appeal to be determined by the Supreme Court.

Applying the ratio in the Dato Ong Kee Hui’s case, the Supreme Court very likely, would have declared the election of UMNO President to be null and void by a majority of 7 to 2.

The legal implications resulting from this declaration would have been as follows:

1. By Convention, the Yang di-Pertuan Agong would normally invite:
* the President of UMNO to form the government of Malaysia, if the BN had a majority of MPs in Parliament.
* by declaring the 1987 election of the UMNO President null and void, the Prime Minister, Dr. Mahathir, would have had to tender his resignation to the King as a matter of honour.

2. The Yang di-Pertuan Agong might have appointed Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (who lost out to Dr. Mahathir in the Presidential UMNO election by a small majority) as Prime Minister of a caretaker government until a proper and lawful person was elected President of UMNO at a later date.

It is clear from the above scenario that the convening of a 9-member Bench of the Supreme Court would have had wide and far-reaching political ramifications in UMNO in particular and Malaysia in general. This was further demonstrated by the fact that after the suspension of Tun Salleh Abas, the Acting Lord President, Tan Sri Abdul Hamid, ordered the date fixed for the hearing of the UMNO 11 appeal to be vacated sine die.

Dato Sri George Seah is a former Malaysian Supreme Court judge


Now e-mail us and tell us what you think. Your comments might be published in the Letters section of our print magazine, Aliran Monthly.

 
Переяславская Р&
02.02.04 (5:56 pm)   [edit]
Dalam Bahasa Rusia


В нас 90;оящ& #1077;е вре 84;я сущ 77;ств& #1091;ет мас 89;а лит 77;рат& #1091;ры, пос 74;ящё& #1085;ноl 1; Пер 77;ясл& #1072;влn 2;. Для тог 86;, что 73;ы пол 91;чит& #1100; объ 77;кти& #1074;ноk 7; пре 76;ста& #1074;леl 5;ие о соб 99;тия& #1093; 1648-1654 год 86;в дос 90;ато& #1095;но про 95;ита& #1090;ь соо 90;вет& #1089;твm 1;ющи&# 1077; кни 75;и, зат 88;ати& #1074; нес 82;оль& #1082;о дне 81;. Одн 72;ко, для мно 75;их чит 72;ть лит 77;рат& #1091;ру – это тяж 82;ий тру 76;, а пос 77;му дос 90;ове& #1088;ныk 7; фак 90;ы неи 79;вес& #1090;ны шир 86;кой пуб 83;ике. Как рез 91;льт& #1072;т – поя 74;лен& #1080;е в пре 89;се и лит 77;рат& #1091;ре мно 78;ест& #1074;а миф 86;в и неб 99;лиц.

 
MGG Pillai dan Jurnalisme
02.02.04 (12:54 am)   [edit]
Pertama kali membaca tulisannya ketika beliau masih menjadi foreign correspondent untuk Asiaweek majalah berkala bahasa Inggeris. Jelas dari beberapa tulisannya menunjukkan beliau memang seorang veteran dalam dunia kewartawanan Malaysia. Mungkin patut diberi apa apa anugerah yang berkaitan bidang kewartawanan.


Dalam usianya yang hampir sama dengan sejarah perkembangan kewartawanan politik Malaysia sejak isu dan tema politik pembangunan Tun Abdul Razak menjadi menu hidangan media massa ketika itu, beliau merupakan satu satunya tokoh yang mampu tegak berdiri sendiri sebagai seorang pengulas politik yang disegani.

MGG Pillai sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi sepanjang kita membicarakan soal para pengulas politik negara masakini. Sebagai pemerhati yang aktif, menjangkau beberapa generasi pemimpin dan era perkembangan politik negara,beberapa komentarnya tidak dapat tidak menjadi titik rujukan kepada mereka yang baru atau belum pernah didedahkan kepada faktor faktor sejarah yang membentuk senario politik masakini.

Seorang penganut ajaran Hindu yang selesa berbicara soal soal serius berkaitan intipati ajaran Islam tanpa menjolok sensitiviti atau menimbulkan kemarahan sesiapa. Tanggapannya terhadap politik masakini menjuruskan hampir kesemua tulisannya kelihatan seolah olah membela nasib Anwar Ibrahim dan adakalanya kelihatan simpatis terhadap perjuangan PAS walaupun pada masa masa tertentu kritikan nya menegena tepat - terhadap beberapa kelemahan dalam organisasi pakatan pembangkang.

Beliau wajar diberikan perhatian sebagai seorang tokoh dalam bidang jurnalisme dan sebagai sebuah negara demokrasi yang punyai sekian banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus jurnalisme - sewajarnyalah beliau diangkat sebagai role model untuk diteladani oleh generasi baru dunia kewartawanan - berbanding dengan beberapa orang yang "ditokohkan" dalam institusi media arus perdana yang gagal berfungsi sebagai penulis yang teguh dan tetap dengan pendirian sebagai seorang komunikator yang mawas diri dan sedar arus sejarah negara. Syabas MGG Pillai!

 
SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA
02.01.04 (3:23 am)   [edit]
Marhaen2k wishes all my Muslim readers Selamat Hari Raya Aidiladha. I would also like to extend my felicitations to all residents in the federal territories of Malaysia on the occasion of Federal Territory Day.
 
Bahasa Melayu menjelang abad kedua puluh satu
01.30.04 (12:27 am)   [edit]
Sebagai latar rujukan untuk mengenali arah tuju dan nasib bahasa Melayu saya muatkan tulisan Rustam A Sani dengan judul tersebut diatas di petik dari buku Politik dan Polemik Bahasa Melayu


Sesungguhnya persoalan 'Bahasa Melayu di Ambang Tahun 2000', ini merupakan persoalan besar. Prof. Ismail Hussein telah menjuruskan pemikiran kita kepada inti persoalan ini - yakni masalah transformasi budaya. Dia menggunakan istilah 'pertukaran', namun saya rasa yang kita hadapi dalam memasuki abad ke-21 ini adalah masalah mentransformasi budaya kita menjadi budaya abad ke-21 dalam konteks bahasa Melayu. Bahan seterusnya DI SINI

 
BILA pemimpin tak tahu diri, umat binasa rosaklah negeri
01.29.04 (6:57 am)   [edit]
"BILA pemimpin tak tahu diri, umat binasa rosaklah negeri", ungkapan ini membawa maksud, apabila seseorang pemimpin tidak tahu diri, tidak tahu hak kewajipannya, tidak tahu tanggungjawab dan beban yang dipikulnya, tidak memiliki kemampuan untuk memimpin, atau berbuat sewenang­wenang, maka binasalah rakyat dan rosaklah negerinya.
Baca selengkapnya di Marhaen.com
 
K3P Penerangan Satu Projek Pilihanraya
01.28.04 (3:25 am)   [edit]
SAtu Projek yang hidup menjelang pilihanraya ialah apa yang di kenali sebagai K3P - Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca yan ditunjangi oleh Penerangan dan Utusan. Anda boleh perhatikan di mana mana bahawa projek ini bakal dihidupkan semula dengan helah mau menggalakkan rakyat membaca dan menonton walhal ia akan dipenuhi dengan promosi dan kempen pro UMNO dan BN.

Yang menjadi masalah disini bukanlah kempen itu tetapi salahguna pelbagai jentera dan kakitangan kerajaan.
 
Keutamaan Laporan Media Arus Perdana
01.26.04 (3:33 am)   [edit]
Hampir kesemua berita TV mengutamakan berita majlis Kongsi Raya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Johor Bahru. Dari pandangan kajian media, berita ini masuk kategori PR atau gembar gembur politik. Ia bertujuan memberi gambaran bahawa sudah tiada lagi konflik atau masalah dalam hubungan dengan negara jiran. Sedangkan rakyat tau sejauh mana isu isu pulau dan masalah imigresen masih wujud antara keduanya. Amalan media arus perdana mengutamakan berita atau sorotan aktiviti VIP mendapat keutamaan sementara berita mengenai masalah rakyat dikemudiankan.
 
Rogol juga salahguna kuasa
01.24.04 (8:00 pm)   [edit]
Seperti telah diduga, sepanjang minggu ini akhbar akhbar Melayu seperti mematuhi skrip atau agenda pengisian media dengan isu rogol dan sorotan terhadap reaksi para VIP UMNO bermula dari PM sehinggalah kepada peringkat kampong. Aspek aspek umum tentang seperti moraliti dan kriminaliti rogol tidak perlulah dipanjang lebarkan lagi kerana tahap intelektual pembaca bukan berada ditahap baru mengenal tamaddun. Satu sudut lain juga wujud dalam perbuatan merogol tetapi ia tidak akan diperkatakan walaupun hakikatnya adalah sama.

Apa kaitannya merogol dengan salahguna kuasa? Pertama, rogol berlaku secara paksa. Orang yang merogol adalah orang yang berkuasa yakni punyai kudrat yang lebih dari mangsa rogol. Ia berlaku secara paksa tanpa rela mangsa yang selalunya kurang kudrat dan kuasa dari perogol.

Kedua, siperogol adalah orang dewasa, berkuasa untuk bertindak sebagai penjaga, dan diamanahkan oleh masyarakat yang bertamaddun ( adakah kes masyarakat primitif merogol? sebagai pelindung kepada yang lemah. Tetapi kuasa serta amanah itu tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan.

Paradigma atau model yang jelas disini menunjukkan keadaan yang kuat, berkuasa memperlakukan kehendaknya keatas yang lemah.

Dari sorotan model atau contoh yang mudah itu adakah ia tidak sama dengan kes kes pecah amanah? Polis yang memegang amanah ada yang menjadi perompak? Lembaga Tabung Haji yang diamanahkan wang orang Islam melabur dalam aktiviti perjudian? Akhbar yang diamanahkan untuk mendidik rakyat menjadi penyebar budaya permisif lagi negatif?

Parti politik Melayu yang diamanahkan untuk memertabatkan bahasa Melayu tiba tiba merumuskan dasar yang mengenepikan penggunaan Bahasa Melayu? Pelik dan lucu bila menyentuh soal bahasa. Murid Melayu tidak boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk menjawab kertas soalan Sains & Matematik tetapi murid sekolah Cina diberikan pilihan. Siapa yang merdeka sebenarnya?

Rumusannya, janganlah kita merasa takjub, terkejut dengan berleluasanya kes kes rogol kerana pada hakikatnya kerja "rogol merogol " dalam erti kata yang berkuasa dan berkudrat memaksakan kehendaknya ke atas yang lemah telah dan sedang berlaku ke atas diri kita semua.

 
al Sistani, ulama mencabar
01.21.04 (8:39 am)   [edit]
Sekuat kuat USA di Iraq dengan pelbagai senjatanya, namun perang psikologinya tewas dengan pengaruh seorang tua. Dalam masyarakat Islam, pengaruh agama jelas boleh menggugat apa saja kekuasaan lain seperti politik ganas dan materialistik USA. Ayatollah Ali al-Sistani muncul dalam diam dan sehingga kini beliau menjadi sumber rujukan rakyat Iraq. Kejutan awal yang beliau lakukan terhadap USA ialah membantah sekeras kerasnya usaha USA memaksakan Perlembagaan yang mengenepikan al Quran. Masih terlalu awal lagi untuk merumuskan apa apa, maka elok kita pantau saja perkembangan di Iraq.
 
Orang Iran jadi Ratu di Jerman
01.20.04 (3:17 am)   [edit]
Wajah jelita dari Iran ini mungkin sebahagian dari unsur unsur para pendokong Islam moderate di Iran yang kini menimbulkan pergolakan di republik tersebut. Berita terkini yang diterima juga tidak kurang menarik seperti mana wajah rratu cantik peranakan Iran di Jerman ini. Khabarnya Pres. Khatami dan Partinya akan memboikot pilihanraya sekiranya Majlis Pengawal Revolusi tidak mau bertolak ansur.
 
вы говорите по-рm
01.18.04 (12:27 am)   [edit]
- Здр 72;вст& #1074;уйm 0;е, дав 72;йте поз 85;ако& #1084;имl 9;я, мен 03; зов 91;т Ким Ён Джу 85;.
- Оче 85;ь при 03;тно. А мен 03; зов 91;т Евг 77;ний Ште 92;ан. Мож 85;о про 89;то Жен 03;.
- Оче 85;ь рад с вам 80; поз 85;ако& #1084;итn 0;ся. Вы из Рос 89;ии?
- Да. А вы жив 05;те в Сеу 83;е?
- Да, кон 77;чно - в рай 86;не Чам 96;иль. А вы где жив 05;те в Сеу 83;е?
- В Хеб 72;нгч& #1086;не.
- А где это? Я не зна 02;.
- Это нед 72;лек& #1086; от гор 99; Нам 89;ан.
 
The old man passes
01.16.04 (7:31 am)   [edit]
With the death of Al Hodeibi, the founding generation
of the Muslim Brotherhood may finally have to cede power

Just got this news from Cairo Times. Looks like the next generation will have to find creative solutions to regenerate the Brotherhood to its former dynamic posture and influence.
 
Were We Wrong To Invade Iraq?
01.13.04 (6:53 am)   [edit]

 
Masuk PAS Masuk Syurga arahan Siapa?
01.13.04 (5:02 am)   [edit]
Sekerip baru UMNO menjelang pilihanraya dengan resminya dilancarkan di sekitar pekan Pendang. Poster yang bertulis kalimat [b]Masuk PAS Masuk Syurga[/b] diberi liputan penuh di TV1 dalam berita jam 8. Seperti biasa mengikut prosedur kerja laporan berita propaganda, visual menayangkan bagaimana poster poster itu tertampal di pokok pokok dan diikuti dengan pendapat "orangramai" seolah penduduk Pendang di temui secara rambang. Dengan cara itu persepsi yang cuba diwujudkan terhadap penonton ialah percaya bahawa PAS telah melakukan satu kerja yang salah dengan penampalan poster poster tersebut.

Keseluruhan sketsa lakunan UMNO dengan mudah dapat kita kesani hanya dengan menyaksikan bagaimana poster poster itu ditampal dan barisan "penduduk" pekan Pendang yang ditemui. Analisis pertama ialah cara penampalan poster itu dilakukan. Sekian lama PAS mengadakan aktivit ceramahnya di mana mana tempat sekalipun, kita lihat cara ia ditampal tidak lah seperti yang berlaku di Pendang itu. Poster poster itu kelihatan ditampal dalam keadaan tergesa gesa hingga ada yang ditampal menutupi poster poster lain yang sedia tertampal mempromosikan sekolah atau pusat tuisyen. Tidak pernah ada mana mana poster pengumuman ceramah yang ditampal menutupi poster poster lain.

Kedua, dalam barisan orang yang diminta pendapatnya muncul muka Hj Kamal Saidin. Hj Kamal ini cukup terkenal dengan permainan politik dan kerja kerja menipu. Telah banyak bisnes yang beliau lakukan atas dasar menipu. Sebelum aktif politik beliau pernah membuka sekolah swasta yang di kenali sebagai Akademi Nusa di pekan Bakar Arang Sungai Petani. Sekolah tersebut tidak bertahan lama kerana beliau bermain politik dengan guru guru yang bekerja dibawahnya Gaji dibayar lambat dan tercatat dalam rekod bahawa guru yang bekerja dengan nya telah melaporkan salahlaku beliau dalam peraturan caruman KWSP para pekerjanya.

Mengenali watak dan peribadi Hj Kamal Saidin adalah tidak mustahil kerja menampal poster [b]Masuk PAS Masuk Syurga[/b] adalah rekayasa beliau. Sebagai seorang yang terlalu amat ambitious dalam politik, dengan sedikit bekalan ilmu agama yang ada pada beliau, kerusi Pendang dilihat sebagai satu potensi rezeki mendatang. Inilah masanya untuk menonjolkan prestasi supaya dapat menarik perhatian Putrajaya.

Hj Kamal Saidin rupanya salah seorang Melayu yang mudah lupa. Ramai diantara pelajar terkandas yang pernah menyambung usaha belajar disekolahnya kini telah dewasa. Merekalah yang bakal mengundi dan menentukan nasib orang orang UMNO seperti Hj Kamal. Penipuan yang beliau pernah lakukan dan apa yang berlaku di Pendang dengan poster bodoh itu sebenarnya menghidupkan kembali ingatan bahawa masih hidup lagi rupanya Cik Gu Kamal yang pandai sejarah. Silap haribulan, Cik Gu Kamal bukansaja akan menjadi sejarah malah dengan kerja jahatnya ini budak budak Pendang boleh pelangkong mukanya seperti yang terjadi kepada Datuk Abd Rahman Ariffin.
 
Isu pendidikan dan sekolah Cina sebagai ugutan
01.12.04 (5:35 pm)   [edit]
[url=http://www.utusan.com.my/utus...]Najib Tun Razak [/url] memberi amaran kepada pihak pihak yang akan, sedang atau telah [u]menggunakan isu pendidikan dan sekolah Cina sebagai ugutan dalam pilihan raya umum akan datang[/u].

Pihak mana yang dimaksudkan itu. Disebalik ungkapan itu kita boleh baca bahawa sudah tentu ia ditujukan kepada pihak yang terlibat dengan sekolah Cina, mafhumnya masyarakat Cina. Orang Melayu tidak ada kena mengena dengan isu ini. Orang Melayu yang ada relevannya dengan isu ini tentunya orang politik, atau orang Melayu yang mau menonjolkan diri dalam politik.

Jika maksud ugutan diambilkira, tentulah pihak yang mengugut berhasrat mendapatkan sesuatu dengan ugutannya. Biasanya bila disebut ugutan, orang yang diugut tahu perihal siapa yang mengugut tetapi tidak akan diberitau siapa atas sebab sebab tertentu. Kadang kadang orang atau pihak yang mengugut itupun bukan orang lain tetapi rakan atau teman dan kadang kadang ahli keluarga kita sendiri.

Dalam satu siri filem [b]Bujang Lapok[/b], adik lelaki heroin (aktres Zaiton) mengugut rahsia cinta hero dan pasangannya sambil menunjuk dua jari dan [i]berkata 20 sen[/i]!

Dalam kes ugutan sekolah Cina ini malangnya bukan 20 sen yang bakal bertukar tangan tetapi sejarah mencatatkan bagaimana tanah, kekuasaan dan maruah bangsa tergadai habis.

Siapa yang heboh heboh dengan konsep [b]Perkongsian Pintar[/b] harap semak semula kerana ia mungkin akhirnya jadi [b]Perkongsian Bahlol.[/b]
 
Ramayana
01.12.04 (5:18 pm)   [edit]
Dua watak dalam epik Ramayana n Mahabhrata dengan dalang masing masing.
 
Half The World’s Population Will Vote For Change
01.11.04 (7:58 am)   [edit]
A political analyst of one Mid East journal wrote that [b]Half The World’s Population Will Vote For Change[/b]. How he get this prediciton is beyond me but it somehow evokes a kind of freshness coming for the new year here. You can read his analysis [url=http://english.daralhayat.com...]HERE[/url]
 
Cuba lakukan Cut N Paste
01.10.04 (10:06 pm)   [edit]
Cuba lakukan Cut N Paste dalam bahan berita ini [url=http://www.utusan.com.my/utus...]Tolak ahli politik busuk[/url] . Gantikan perkataan ahli politik busuk dengan mana mana parti politik yang anda benci kerana faktor faktor yang disebutkan dalam rencana tersebut
 
siapa yang masih dokong biawak
01.10.04 (9:26 pm)   [edit]

walaupun dah diberi kuasa tapi masih dokong biawak rupanya
 
Perkukuhkan Mentaliti Hamba
01.10.04 (9:15 pm)   [edit]
Utusan Malaysia hari ini seperti biasa fungsinya berperanan sebagai pengukuh jiwa hamba abdi terhadap para pelanggannya yang meyakini peranan akhbar itu sebagai media pendidikan dan maklumat mereka.

Dengan kepala berita [url=http://www.utusan.com.my/utus...]Peneroka Felda bertuah terima kemunculan pertama PM-TPM[/url] kita di ajak supaya meletakkan kehadiran ahli politik sebagai satu TUAH yang jarang dan bersakala mustahil untuk berlaku dalam kehidupan kita. Dalam alam mistik Hindu dan terkadang kala dalam filem filem India, kehadiran seseorang yang disanjung diberi status Dewa.

Begitu mudah perkataan TUAH dilacurkan sepertimana kata kata "rakyat mesti bersyukur" dalam mana mana situasi yang dihadiri oleh para menteri. Seolah olah rakyat Malaysia yang Muslim tidak mengucap alhamdulillah setiap 5 kali sehari.

Menurut kalam orientasi Utusan dan juga UMNO rakyat adalah golongan hina dina yang berada dibawah (boleh dipiijak pijak). Buktinya, [b]Sempena Hari Peneroka Felda ini, kita juga dapat melihat turut bersama ialah anak Allahyarham Tun Razak (yang mencetuskan idea mengenai Felda) iaitu Datuk Seri Najib...ini jadi program pertama baginya turun ke bawah (sebagai Timbalan Perdana Menteri)[/b] Turun ke bawah?
 
click here for better browsing


Klik untuk menyertai marhaen-list